Thursday, January 28, 2010

Terapi Bowling 1..... 28 Jan 2010


Hari ini Kelas PPKI SMK Machang Bubuk mengadakan terapi bowling yang pertama bertempat di Ampang Superbowl, The Summit Bukit Mertajam, bagi tahun 2010. Terapi kali ini di hadiri 46 orang pelajar, 9 orang guru dan 3 0rang PPM. Keriangan pada wajah pelajar-pelajar PPKI SMK Machang Bubuk disebabkan terapi bowling ini amat mereka nantikan. Pengangkutan ke sana semestinya bas menjadi pilihan untuk memudahkan segala urusan dan penyeliaan. Terapi kali ini ternyata dapat memberi kemahiran baru kepada pelajar yang baru mendaftar ke kelas PPKI bagi tahun ini. Pelajar lama pula dapat meningkatkan kemahiran sedia ada. Terima kasih kepada semua guru dan PPM yang memberi komitmen yang jitu untuk menjayakan terapi bowling kali ini,. Tak dilupakan juga kepada pihak Ampang Superbowl yang memberi 8 lane kali ini .... mengikut perancangan asal hanya 6 lane saja yang diberikan. Aku amat berharap terapi bowling seterusnya akan lebih baik dari kali ini ... InsyaAllah



Pelajar-pelajar dihimpunkan terlebih dahulu mengikut kumpulan sebelum sesi memanaskan badan dijalankan


Sesi memanaskan badan diadakan terlebih dahulu di sekolah .... di kendalikan oleh Penolong Penyelaras PPKI SMK Machang Bubuk, Cikgu Adawiyah

Seperti biasa pelajar dihimpunkan sebelum dibenarkan masuk ke lane

Antara aksi pelajar,guru serta PPM semasa terapi bowling berjalan


Murid-murid berehat sebentar setelah tamat games dan dibekalkan sedikit makanan sebelum beredar keluar dari Ampang Superbowl


Pelajar-pelajar PPKI tengah menunggu bas di tingkat bawah BM Plaza untuk pulang ke sekolah


Hero of the day.... Mohd Helme dari kelas Inklusif


5 comments:

mohad said...

selamat bermain bowling

LEMAN said...

terima kasih ijad..... sudi kunjungi blog saya..... tapi yang main murid2.... cikgu pantau je he he

Program Pendidikan Khas Integrasi said...

salam cikgu..

saya c.khairul dari SKKJ..boleh saya minta format untuk terapi bowling..sebab tahun nie, saya nak buat dua aktiviti ..terapi renang dah dijalankan..cuma terapi bowling sahaja..saya perlukan format uuntuk mintak peruntukkan..cikgu boleh layarai facebook kami di www.facebook.com/pkbpskkj @ pkbpskkj.blogspot untuk makluman cikgu..TQ

LEMAN said...

maksud cikgu format tu dari segi kertas kerja ke cikgu?? kalo dr segi peruntukan... kami memang kutip yuran dari pelajar rm5 sekali pergi .... sebulan sekali termasuk makan n sewa kasut

Program Pendidikan Khas Integrasi said...

ahha..dari segi kertas kerja..dari segi peruntukkan kami juga kutip dari murid sebulan RM5 untuk aktiviti luar..