Monday, May 10, 2010

Konvokesyen KPLI 2010, Cheras ,KL


Konvokesyen kali kedua bagi diriku telah berlangsung pada 7 Mei 2010 yang lalu. Aku secara rasminya telah dianugerahkan Diploma Pendidikan dalam pengkhususan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Sudah tentu aku berasa gembira sempena konvokesyen kali ini. Gembira dapat bertemu semula dengan rakan-rakan cikgu dan bersama-sama dalam majlis konvokesyen kali ini. Disini aku paparkan perjalanan konvo tersebut melalui gambar-gambar yang aku uploadkan disini.... Semoga kegembiraan yang aku sedang rasakan ini dapat dikongsikan bersama-sama rakan followers.

Dewan tempat berlangsungnya konvokesyen kali ini

Sebelum masuk ke dalam dewan konvo


Ketika perarakan masuk ke dalam dewan konvokesyen

Dewan konvokesyen yang baru siap di renovate, sempat juga aku dan kawan-kawan merasa


Aku ketika dianugerah Diploma Pendidikan


Ketika sesi bergambar dengan semua lulusan KPLI Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran



Gambar kenangan bersama rakan sekelas yang hadir ke konvokesyen

Setelah selesai sesi bergambar sakan dalam dewan konvo

Ketika memulangkan jubah untuk mendapatkan diploma

Monday, April 19, 2010

Status Terkini

Assalamualaikum... Salam sejahtera dan Salam PPKI

Saya sekarang dalam proses mengupdate blog PPKi SMK Machang Bubuk yang telah lama menyepi..

Jadi sekarang saya akan lebih aktif menulis di blog tersebut

Harap maklum dan terima kasih kepada para follower yang mengikut blog saya selama ini

Sekian wassalam

http://pkbp-smkmb.blogspot.com/

Friday, March 12, 2010

kejohanan Olahraga Tahunan SMK Machang Bubuk



Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 5 SMK Machang Bubuk meninggalkan kenangan manis kepada warga PPKI . Ini disebabkan kali ini kami diberikan khemah dan memenangi perhiasan khemah terbaik keseluruhan. Kami juga diberi hadiah penghargaan untuk pembarisan serta pertambahan satu acara untuk murid PPKI iaitu lari 4x50m campuran. Ternyata ini merupakan satu penghargaan yang amat kami hargai dari pentadbiran sekolah. Kejayaan kali ini juga hasil usaha warga PPKI SMK Machang Bubuk yang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid PPKI. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan selamat becuti.. Doakan kejayaan kami Warga PPKI SMK Machang Bubuk.



Khemah PPKI yang memenangi perhiasan khemah terbaik keseluruhan, dengan tema " we are not disable but we are different able"



Persiapan sebelum pembarisan bermula di khemah PPKI




Sesetengah murid PPKI juga mempunyai sifat terlalu malu... namun tidak menjadi masalah kepada kami untuk terus memberi yang terbaik kepada mereka





Senyuman di wajah mereka, kepuasan di hati kami




Pakaian yang menepati tema satu Malaysia




Adik Helme yang merupakan ketua kontijen@ jaguh PPKI, hampir semua acara yang melibatkan PPKI dia bolot



Pembawa bendera . adik Harieshwaran yang tengah berangan-angan dirinya seperti Michael Jackson



Bersiap sedia bergerak untuk pembarisan kontijen





Murid-murid PPKI menunggu untuk upacara penyampaian hadiah

Tuesday, March 9, 2010

Sukantara PPKI SMK Machang Bubuk 1 dan 3 Mac 2010






Sukantara PPKI SMK Machang Bubuk diadakan pada 1 dan 3 Mac 2010 yang lalu. Acara-acara yang dipertandingkan ialah lari pecut 100 m, lompat jauh dan lontar peluru. Pelajar-pelajar PPKI yang melepasi masa @ jarak yang ditetapkan akan menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua warga PPKI SMK Machang Bubuk kerana memberi komitmen yang jitu sepanjang berjalannya Sukantara ini... Post seterusnya akan aku ceritakan mengenai saringan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan yang semestinya melibatkan pelajar-pelajar PPKI SMK Machang Bubuk

Sesi memanaskan badan oleh Cikgu Syikin




Acara 100m lari pecut lelaki





Acara 100m lari pecut perempuan




Demonstrasi cara melontar peluru yang betul oleh Cikgu Rohayati


Macam biasa cikgu-cikgu perempuan sempat berposing lagi



Acara lontar peluru lelaki


Acara lontar peluru perempuan

Latihan untuk acara lari 4 x50 m turut diadakan. Gambar ni menunjukkan penyelaras PPKI sedang membahagikan pelajar yang terpilih untuk menyertai acara ini mrngikut rumah sukan masing-masing dan menentukan giliran pelari dalam setiap rumah sukan


Latihan untuk pembarisan juga turut dijalankan oleh guru-guru PPKI

Tuesday, March 2, 2010

Terapi Bowling 2... 25 Feb 2010



Terapi Bowling kali kedua ini lebih ceria dari yang pertama. Ini disebabkan kali ini kami dapat menggunakan 10 lane kali ini... berbanding hanya 8 lane sebelumnya. Kehadiran murid juga lebih baik dari sebelumnya kerana kali ini disertai oleh 43 orang murid, 1o orang guru dan 4 orang PPM. Terima kasih kepada Ampang Suoerbowl, The Summi, BM Plaza kerana kebenaran bermain bowling secara percuma selama 2 jam dan pengurangan harga sewa kasut bowling .... hanya perlu membayar sebanyak RM 1.50 bagi harga sepasang kasut bowling... Semoga kerjasama yang sedia terjalin dapat diteruskan lagi pada masa akan datang... InsyaAllah

Murid- murid PPKI memakai t shirt baru untuk terapi bowling.... warna oren dipilih untuk nampak lebih ceria



Seperti biasa murid dihimpunkan terlebih dahulu untuk sesi memanaskan badan




Puan Adawiyah sedang memberikan penerangan kepada murid-murid PPKI



Guru-guru perempuan yang berposing dulu... tak salah rasanya selagi tugas diselesaikan




Peyelaras PPKI SMK Machang Bubuk yang sentiasa komited dengan tugasnya

Cikgu Morniyati.... guru yang berpegalaman luas dalam PPKI, banyak aku belajar dengan dia ni


Guru PPKI pun mesti pandai berposing juga


Gaya seorang cikgu yang sentiasa bagi sokongan kepada murid-murid PPKI



























Wednesday, February 24, 2010

Upacara Perlantikan Pengawas 2010


Pada perhimpunan rasmi sekolah 23 februari 2010, upacara perlantikan pengawas sekolah diadakan. Pihak PPKI SMKMB amat berbangga disebabkan 4 orang pelajar PPKI telah terpilih untuk menjadi pengawas sekolah. Syabas diucapkan kepada semua murid PPKI yang terpilih dan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang turut memnberi peluang kepada pelajar PPKI untuk memegang jawatan sebagai pengawas sekolah.




Adik Harieshwaran dari kelas Inklusif








Adik Mohd Arif dari Kelas PPKI 1, kelas aku la








Adik Nursyifaa' dari Kelas PPKI 2






Bacaan Ikrar oleh para pengawas sekolah baru

Persiapan Kejohanan Olahraga Tahunan 2010


Kejohanan Olahraga Tahunan SMKMB akan berlangsung pada12 Mac nanti. Seperti biasa PPKI SMKMB mesti ada menghantar kontijennya sendiri. Kali ini acara yang akan disertai oleh murid-murid PPKI adalah seperti lari pecut 100 meter dan 200 meter, lari 4x 50 meter, lontar peluru dan lompat jauh bagi kategori lelaki dan perempuan. Acara pembarisan juga akan disertai oleh murid PPKI seperti tahun sebelumnya. Semoga penyertaan kali ini akan lebih baik daripada tahun sebelumnya dan dapat memberi pendedahan yang lebih lagi kepada murid-murid PPKI SMK Machang Bubuk.




Latihan untuk pembarisan. Masih memerlukan latihan yang lebih lagi dan maskot juga dalam proses perbincangan








Latihan lontar peluru untuk murid lelaki







Cara membaling peluru yang ternyata salah.. biasalah pelajar PPKI memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih lagi dari guru PPKI







Latihan untuk lari pecut 200 M lelaki

Saturday, February 6, 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010



Seperti biasa seperti tahun sebelumnya, murid-murid PPKI SMK Machang Bubuk akan menyertai kejohanan merentas desa. Walaupun penyertaan kali ini hanya melibatkan 25 orang daripada 43 orang yang disasarkan, namun langsung tak mematahkan semangat murid-murid , guru-guru serta PPM untuk memberikan yang terbaik untuk kejohanan kali ini..... Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran sekolah yang menyediakan 20 hadiah untuk murid-murid pendidikan khas kali ini... Semoga kejohanan kali ini dapat menaikkan lagi semangat guru-guru serta PPM untuk memberikan pendedahan yang terbaik kepada murid-murid PPKI SMK Machang Bubuk. Terima kasih juga semua pihak yang membantu kami sepanjang kejohanan kali ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua.

Akhir sekali tak dilupakan juga kepada Penolong Penyelaras PPKI , Puan Nor Adawiyah atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ada, yang bermurah hati menyediakan nasi lemak dan puding jagung untuk guru-guru PPKI n PPM semua, memang sedap hidangan yang disediakan....

Murid-murid dihimpunkan terlebih dahulu di tapak perhimpunan

Acara memanaskan badan @ warming up

Berehat sebentar selepas acara memanaskan badan



Dari kiri bakal pengantin baru, Cik Syakirah, Cikgu Ada dengan topinya yang vogue
(ha ha jangan marah kak), Cikgu Rahmah dan Cik Salmah.



Nampak murid-murid PPKI tak sabar untuk berlari...


Semasa berjalannya acara, tak sempat aku ambil gambar yang banyak kerana aku juga ada tugas lain yang perlu dijalankan



Barisan utama pentadbiran sekolah sebelum bermula upacara penyampaian hadiah


Salah seorang murid PPKI, Lim Chun Ren sedang menerima hadiah