Saturday, February 6, 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010



Seperti biasa seperti tahun sebelumnya, murid-murid PPKI SMK Machang Bubuk akan menyertai kejohanan merentas desa. Walaupun penyertaan kali ini hanya melibatkan 25 orang daripada 43 orang yang disasarkan, namun langsung tak mematahkan semangat murid-murid , guru-guru serta PPM untuk memberikan yang terbaik untuk kejohanan kali ini..... Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran sekolah yang menyediakan 20 hadiah untuk murid-murid pendidikan khas kali ini... Semoga kejohanan kali ini dapat menaikkan lagi semangat guru-guru serta PPM untuk memberikan pendedahan yang terbaik kepada murid-murid PPKI SMK Machang Bubuk. Terima kasih juga semua pihak yang membantu kami sepanjang kejohanan kali ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua.

Akhir sekali tak dilupakan juga kepada Penolong Penyelaras PPKI , Puan Nor Adawiyah atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ada, yang bermurah hati menyediakan nasi lemak dan puding jagung untuk guru-guru PPKI n PPM semua, memang sedap hidangan yang disediakan....

Murid-murid dihimpunkan terlebih dahulu di tapak perhimpunan

Acara memanaskan badan @ warming up

Berehat sebentar selepas acara memanaskan badan



Dari kiri bakal pengantin baru, Cik Syakirah, Cikgu Ada dengan topinya yang vogue
(ha ha jangan marah kak), Cikgu Rahmah dan Cik Salmah.



Nampak murid-murid PPKI tak sabar untuk berlari...


Semasa berjalannya acara, tak sempat aku ambil gambar yang banyak kerana aku juga ada tugas lain yang perlu dijalankan



Barisan utama pentadbiran sekolah sebelum bermula upacara penyampaian hadiah


Salah seorang murid PPKI, Lim Chun Ren sedang menerima hadiah







0 comments: