Wednesday, September 30, 2009

Rumah terbuka raya geng IPIK

Antara rakan sekelas yang ada pada malam tu

Suasana pada malam tersebut


MC pada malam tersebut



Antara kawan-kawan yang hadir


Geng lelaki kelas aku bergambar di balkoni




Semalam aku dan sahabat-sahabat pergi ke rumah terbuka raya kawan-kawan IPIK jugak yang tinggal di kondo sri mas. Memang best la rumah terbuka ni sbb layanan memang first class he he. Ada cabutan bertuah lagi . Hadiah pun unik, ada yang dapat tudung saji.... ada yang dapat baldi. Dapat jumpa ramai kawan..... Sapa tak datang kira rugi la he he.... Terima kasih atas jemputan dan layanan, InsyaAllah lepas ni ada sambutan birthday untuk kawan--kawan yg birthdaynya jatuh pada masa praktikal dulu...... Siapa orangnya..... rahsia la dulu.... kalo tak , mana ada suprisenya kan

Tuesday, September 29, 2009

Kursus Intergriti untuk student KPLI







Sewaktu lecturer aku untuk subjek Ilmu Pendidikan, Puan Halimah mengumumkan kelas aku kena kendalikan kursus Intergriti untuk student KPLI ambilan 2009, perasaan risau timbul jugak pada mulanya... yalah bukan senang nak kendalikan kursus untuk 400 orang pelajar yang kebanyakan lebih senior dari aku....... tambahan tangunggjawab aku bukan kecik beb, aku dilantik sebagai floor manager..... banyak aspek yang perlu aku jaga dan pastinya tanggungjawab yang dipikul tu besar la. Namun melihat respon kawan-kawan yang positif, perasaan risau hilang jugak akhirnya.... cuma kena la start buat persiapan apa yang patut semoga tak timbul masalah kemudian hari. Doakan kejayaan aku dan kawan-kawan ... InsyaAllah kami semua akan yang terbaik kali ni

Monday, September 28, 2009

1st day selepas praktikum



Aku dan anak saudara, Mohd Irfan Anaqi di rumah bujang

Anak saudara aku yang cool dan nakal ni


Rasa seronok datang ke maktab hari ini..... ye lah lama x jumpa kawan-kawan.... jadi banyak la cerita yang aku dengar..... kebanyakan pasal praktikum di sekolah masing-masing.... dan dengar la gosip-gosip student yang dapat cemerlang praktikum..... tahniah la pada yang dapat.... yang tak dapat cemerlang, jangan pula kecil hati (termasuk aku la sekali he he). Sebab cemerlang tu bukan pengukur sebenar kejayaan dalam kerjaya kita sebagai guru...... Yelah yang tak dapat cemerlang bukannya dia tak rajin kan.... tapi dah bukan rezeki dia nak dapat cemerlang.... semoga semangat untuk menjadi guru yang betul-betul ikhlas mendidik anak bangsa terus membara dalam diri masing-masing. Disebabkan hari ni terlalu leka bersembang dengan kawan-kawan yang lama tak jumpa.... lupa langsung nak ambik gambar walaupun kamera aku sentiasa ada dlm beg.... takpe lah hari lain boleh ambil gambar lagi kan... Sebagai ganti gambar yang lupa nak diambil ,aku uploadkan latest gambar aku ambik semalam...... he he

Wednesday, September 16, 2009

Jumpa lagi kawan-kawan


gambar family raya tahun ni, aku upload kemudian skit dari post ni


Sampel kad raya he he he



InsyaAllah, lps raya ni kita akan berjumpa semula di maktab, mesti ada banyak cerita nak diceritakan..... apapun Selamat Hari Raya diucapkan... yang lelaki tu dah bayar ke zakat fitrah.... jangan last minit baru nak bayar.... yang pompuan tu ingatkan suami @ayah takut2 terlupa... Maaf zahir dan batin, mesti banyak salah aku kepada korang selama menjadi ketua kelas ni... harap dimaafkan ya.... Apapun aku amat bertuah mengenali korang semua.. Korang memang best... dan sayang korang semua... Salam aidilfitri dari aku dan my happy family... Jaga diri masing2 dan jumpa lagi