Friday, March 12, 2010

kejohanan Olahraga Tahunan SMK Machang Bubuk



Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 5 SMK Machang Bubuk meninggalkan kenangan manis kepada warga PPKI . Ini disebabkan kali ini kami diberikan khemah dan memenangi perhiasan khemah terbaik keseluruhan. Kami juga diberi hadiah penghargaan untuk pembarisan serta pertambahan satu acara untuk murid PPKI iaitu lari 4x50m campuran. Ternyata ini merupakan satu penghargaan yang amat kami hargai dari pentadbiran sekolah. Kejayaan kali ini juga hasil usaha warga PPKI SMK Machang Bubuk yang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid PPKI. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan selamat becuti.. Doakan kejayaan kami Warga PPKI SMK Machang Bubuk.



Khemah PPKI yang memenangi perhiasan khemah terbaik keseluruhan, dengan tema " we are not disable but we are different able"



Persiapan sebelum pembarisan bermula di khemah PPKI




Sesetengah murid PPKI juga mempunyai sifat terlalu malu... namun tidak menjadi masalah kepada kami untuk terus memberi yang terbaik kepada mereka





Senyuman di wajah mereka, kepuasan di hati kami




Pakaian yang menepati tema satu Malaysia




Adik Helme yang merupakan ketua kontijen@ jaguh PPKI, hampir semua acara yang melibatkan PPKI dia bolot



Pembawa bendera . adik Harieshwaran yang tengah berangan-angan dirinya seperti Michael Jackson



Bersiap sedia bergerak untuk pembarisan kontijen





Murid-murid PPKI menunggu untuk upacara penyampaian hadiah

0 comments: