Tuesday, March 9, 2010

Sukantara PPKI SMK Machang Bubuk 1 dan 3 Mac 2010






Sukantara PPKI SMK Machang Bubuk diadakan pada 1 dan 3 Mac 2010 yang lalu. Acara-acara yang dipertandingkan ialah lari pecut 100 m, lompat jauh dan lontar peluru. Pelajar-pelajar PPKI yang melepasi masa @ jarak yang ditetapkan akan menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua warga PPKI SMK Machang Bubuk kerana memberi komitmen yang jitu sepanjang berjalannya Sukantara ini... Post seterusnya akan aku ceritakan mengenai saringan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan yang semestinya melibatkan pelajar-pelajar PPKI SMK Machang Bubuk

Sesi memanaskan badan oleh Cikgu Syikin




Acara 100m lari pecut lelaki





Acara 100m lari pecut perempuan




Demonstrasi cara melontar peluru yang betul oleh Cikgu Rohayati


Macam biasa cikgu-cikgu perempuan sempat berposing lagi



Acara lontar peluru lelaki


Acara lontar peluru perempuan

Latihan untuk acara lari 4 x50 m turut diadakan. Gambar ni menunjukkan penyelaras PPKI sedang membahagikan pelajar yang terpilih untuk menyertai acara ini mrngikut rumah sukan masing-masing dan menentukan giliran pelari dalam setiap rumah sukan


Latihan untuk pembarisan juga turut dijalankan oleh guru-guru PPKI

6 comments:

PPKI SK Taman Bunga Raya 1 said...

semangat cikgu2 PPKI melatih pembarisan... sekolah kami baru sahaja selesai menganjurkan hari sukan pada 7hb mac yang lepas...:)

LEMAN said...

semangat nak membantu murid2 PPKI ha ha.... ooh baru lepas ya, kami di sini 12hb mac ni..... doakan kejayaan kami.....

PPKI_SEMENSO said...

seronok tengok bdak2 PPKI.bila tengok diorang bersemangat,kita pn jadi semangat.

PPKI_SEMENSO said...

bila tengok budak2 PPKI,semangat nk tolong diorang makin menebal kan..

LEMAN said...

ya.... betul tu.... apapun terima kasih sudi kunjungi blog saya.... di harapkan sudi kunjugi juga blog sek saya.... boleh kita bertukar2 info... http://pkbp-smkmb.blogspot.com

Anonymous said...

Sekolah Machang Bubuk mempunyai padang yang agak luas dan besar la! Salam sejahtera, sebenarnya, saya seorang pelajar daripada SMK Sultan Badlishah, sekolah Bestari Kedah.! ^^