Untuk subjek Rekreasi dan Pendidikan Jasmani Suaian, kami dikehendaki untuk present bagaimana seorang guru pendidikan khas mengendalikan aktiviti terapi berkuda apabila mula bertugas di sekolah nanti. Kali ni kelas aku bergabung dengan kelas K2.11, kelas pendidikan khas masalah pembelajaran jugak. Disebabkan hujan, perancangan asal untuk membuat simulasi berkuda ini di padang terpaksa dibuat dalam kelas sahaja. Tapi semua bakal cikgu ni x kisah pun, disebabkan persiapan untuk pembentangan tidak ada masalah sama ada di bentang dalam kelas atau di padang. Setiap kelas dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu sebelum, semasa dan selepas aktiviti berkuda dilakukan. Kumpulan aku membentangkan tindakan yang perlu dibuat selepas selesai aktiviti berkuda. Bagi aku, sesi simulasi kali ini banyak membantu aku dalam mengendalikan aktiviti berkuda dengan pelajar pendidikan khas. Sejujurnya aku tiada pengalaman langsung dengan kuda ni, sekadar melalui sedikit pembacaan. Alhamdulillah sesi pembentangan berjalan lancar, Sedikit teguran tu biasalah , tiada siapa yang sempurna di dunia ini kecuali diriNya.
Tuesday, October 13, 2009
Simulasi berkuda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment