Khamis, 29 Oktober 2009
Seminar kali ini merupakan projek terbesar kelas aku sepanjang belajar di IPIK ni, malahan aku bertugas sebagai floor manager, berat tanggung jawab tu sebenarnya. Walaupun pelbagai masalah dihadapi pada peringkat persiapan sebelum berlangsungnya seminar, namun berkat kesabaran, kerjasama, komitmen serta sikap tidak putus asa kawan-kawan sekelas aku, syukur al-hamdulillah projek ni berjalan lancar. Seminar kali ini diadakan di Dewan Toh Puan Norashikin, Darul Puteri disebabkan dewan IPIK masih belum siap renovationnya. Penceramah jemputan terdiri daripada wakil dari Institut Intergriti Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Jumlah pelajar yang hadir adalah melebihi daripada 300 orang pelajar, berlangsung daripada pukul 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari. So far aku mendapat komen yang positif daripada lecturer. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama kawan-kawan kelas aku. Kawan-kawan sekelas, terima kasih ku ucapkan atas segala bantuan dan komitmen yang diberikan....
0 comments:
Post a Comment