Kek pada majlis tersebut, biarpun kecil ia datang dari hati yang tulus ikhlas
Kawan-kawan yang membantu mengatur meja untuk meletakkan makanan yang telah dibawa
Kawan-kawan yang sibuk mengatur makanan diatas meja yang telah disusun
Bonda kami di IPGMIK, Puan Fatimah Bivi yang amat ceria pada majlis kali ini
Aku sebagai MC pada majlis kali ini sedang berucap
Ucapan daripada wakil kawan-kawan yang diraikan, Harizun@ Hariz@ Jon
Antara kawan-kawan yang diraikan pada majlis sambutan kali ini
Kawan-kawan aku yang dikasihi semuanya
Pelbagai makanan yang sedap kesemuanya
Antara makanan yang dihidangkan pada majlis sambutan hari ini
Kawan-kawan yang memang sporting
Kawan aku yang paling banyak tapaw makanan untuk dibawa balik
Khamis 22 Oktober 2009
Kelas aku mengadakan sambutan hari jadi terbesar berbanding sambutan hari jadi sebelum ini. Kali ini kami meraikan hari jadi untuk 10 orang kawan dalam kelas aku ni. Majlis bermula pada pukul 11.30 pagi seperti dirancangkan. Aku sebagai ketua kelas bertindak sebagai MC pada hari tu merangkap jurugambar yang tidak profesional he he. Kali ini sambutan lebih meriah dengan kehadiran bonda kami di IPGMIK ni merangkap tutor kami , Puan Fatimah Bivi. Beliau juga dengan murah hati memberi sponsor makanan utama.... nasi lemak pada hari ini. Pelbagai makanan lain juga dihidangkan dalam majlis ni dimana setiap pelajar membawa makanan yang berlainan dari rumah. Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar....dan aku harap semua rakan kelas yang terlibat puas hati hendaknya.... Terima kasih kepada semua rakan kelas yang memberi komitmen yang jitu dalam menjayakan majlis ini dan budi kawan-kawan tak akan aku lupa selama-lamanya...... InsyaAllah
2 comments:
assalamualaikom...
Meriah sangat nampaknya....
leman terima kasih atas bahan yang hang sumbangkan untuk kelas. aku dah masuk bahan2 hang dalam himpunan bloh cuba tengok.
waalaikumsalam.. ok aku akan tgk . mmg meriah kawan... kira last dah sambutan ni ....
Post a Comment