Thursday, January 28, 2010

Terapi Bowling 1..... 28 Jan 2010


Hari ini Kelas PPKI SMK Machang Bubuk mengadakan terapi bowling yang pertama bertempat di Ampang Superbowl, The Summit Bukit Mertajam, bagi tahun 2010. Terapi kali ini di hadiri 46 orang pelajar, 9 orang guru dan 3 0rang PPM. Keriangan pada wajah pelajar-pelajar PPKI SMK Machang Bubuk disebabkan terapi bowling ini amat mereka nantikan. Pengangkutan ke sana semestinya bas menjadi pilihan untuk memudahkan segala urusan dan penyeliaan. Terapi kali ini ternyata dapat memberi kemahiran baru kepada pelajar yang baru mendaftar ke kelas PPKI bagi tahun ini. Pelajar lama pula dapat meningkatkan kemahiran sedia ada. Terima kasih kepada semua guru dan PPM yang memberi komitmen yang jitu untuk menjayakan terapi bowling kali ini,. Tak dilupakan juga kepada pihak Ampang Superbowl yang memberi 8 lane kali ini .... mengikut perancangan asal hanya 6 lane saja yang diberikan. Aku amat berharap terapi bowling seterusnya akan lebih baik dari kali ini ... InsyaAllah



Pelajar-pelajar dihimpunkan terlebih dahulu mengikut kumpulan sebelum sesi memanaskan badan dijalankan


Sesi memanaskan badan diadakan terlebih dahulu di sekolah .... di kendalikan oleh Penolong Penyelaras PPKI SMK Machang Bubuk, Cikgu Adawiyah

Seperti biasa pelajar dihimpunkan sebelum dibenarkan masuk ke lane

Antara aksi pelajar,guru serta PPM semasa terapi bowling berjalan


Murid-murid berehat sebentar setelah tamat games dan dibekalkan sedikit makanan sebelum beredar keluar dari Ampang Superbowl


Pelajar-pelajar PPKI tengah menunggu bas di tingkat bawah BM Plaza untuk pulang ke sekolah


Hero of the day.... Mohd Helme dari kelas Inklusif


Tuesday, January 26, 2010

Kertas Kerja

Setakat ini aku ditugaskan untuk membuat 2 kertas kerja


1. Mengenai Program Terapi Bowling


Syukur pengetua sekolah telah meluluskan kertas kerja ni tanpa sebarang bantahan... Alhamdulillah kerana memahami keperluan kami di pihak PPKI SMK Machang Bubuk. Terima kasih juga kepada pihak Ampang SuperBowl, The Summit Bukit Mertajam yang meneruskan kerjasama dengan PPKI SMK Machang Bubuk. Kami amat menghargai diatas kerjasama memberi diskaun untuk harga sewa kasut bowling daripada RM2.oo kepada RM1.50 . Tidak lupa juga diatas pemberian free games selama 2 jam. InsyaAllah Program Terapi Bowling ni akan bermula pada hari Khamis 28 Januari 2010. Sudah pasti aku akan post serba sedikit laporan mengenai program ni ...InsyaAllah



2. Mengenai Projek Kebun Dalam Taman
Kertas kerja ini masih dalam proses untuk dimantapkan lagi. Terima kasih kepada Guru PPKI diatas kesudian memberi tunjuk ajar dan pandangan yang amat bernas dalam penyediaan kertas kerja ini. Semoga impian untuk mewujudkan Kebun Dalam Taman akan tercapai .... InsyaAllah