Tuesday, August 25, 2009

warga kelas k1.13 (KPLI-SR ) pendidikan khas masalah pembelajaran

Gambar kelas masa lawatan kat bentong

Gambar kelas bersama tutor semasa kursus Bina Insan Guru di Morib




Warga kelas 1.13 ni terdiri daripada 6 0rang lelaki dan 12 0rang perempuan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Aku sangat bertuah mengenali korang semua yang ternyata baik dan cool semuanya. InsyaAllah ingatan aku kepada korang semua tak akan pernah luput dalam hidup aku dan aku berharap korang akan menjadi guru pendidikan khas dalam erti kata yang sebenarnya.... Peace

sukaneka tak jadi





















untuk subjek gerko olahraga, setiap kelas diwajibkan anjur mini olahraga@sukaneka sama ada dianjurkan oleh kelas sendiri @bergabung dengan kelas lain. Setelah penat mencari tarikh yang sesuai dan tidak clash dengan aktivti lain, satu tarikh telah dipersetujui dan segala persiapan dijalankan dengan lancar. Namun terdapat kesilapan yang dilakukan oleh individu yang membuat jemputan pensyarah dimana aturcara sebenar patut bermula pukul 3.00 petang tetapi surat yang dikeluarkan kepada pensyarah ditulis aturcara program bermula pukul 2.00 petang. Jadi lecturer pun merajuk la. kena pilih tarikh lain pulak lepas praktikum ni... pening la beb.... Apapun untuk menghiburkan hati yang luka... kitaorang tetap main acara-acara yang telah dirancangkan seperti cari gula2 dalam tepung, baling belon berisi dengan air dan acara favourite aku , tarik tali.

forum subjek BM komunikasi

Kak Lin yg bersemangat, tengok tangan pun dah tau he he


kak su dan eleena, mcm mengantuk aje he he, jangan marah


abang Wan Zailan, dia paling senior, bakal guru cemerlang dari Perlis ni he he,


Rakan-rakan yang khusyuk mendengar forum, aku tengah prepare apa nak goreng nanti he he




Kumpulan yang mantap ni he he he


kita orang kene persembahkan forum sebagai salah satu tugasan kumpulan untuk subjek BM komunikasi.... mmg best la sbb dapat lihat bakat2 terpendam bakal2 cikgu semua ni... walaupun diadakan waktu petang, kawan semua tetap sporting

Monday, August 24, 2009

amali masak KH 2



Bergambar kenangan bersama pensyarah dan hasil masakan kelas kami





Tengah membereskan acuan kuih tako yang menggunakan daun pandan


Geng-geng pompuan yang rajin semuanya he he he




Kali ini kelas aku kena masak kek coklat kukus dan kuih tako... InsyaAllah taklah susah sangat sebab lecturer aku, Puan Nik Aida dah beri kami resepinya, so mmg dh prepare dari awal bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan... Macam aku ditugaskan untuk membawa daun pandan untuk membuat kuih tako... takde masalah sebab kat rumah aku mmg ada daun pandan yang besar daripada yang dijual di market.... so far syukur Alhamdulillah, amali masakan berjalan dengan dengan lancar....

amali masak KH



Menunggu giliran untuk dinilai

Bergambar bersama hasil masakan

Senyum semuanya bersama pensyarah, Puan Nik Aida

Pensyarah tengah menilai hasil masakan





Amali masak yang pertama, kami secara berpasangan dikehendaki menyediakan satu masakan sendiri yang menggunakan salah satu daripada teknik tersebut seperti merebus, membakar, mengukus dan memanggang. Masakan yang disediakan juga hendaklah yang boleh dimasak oleh murid-murid pendidikan khas dimana dengan adanya pengawasan guru. Antara masakan yang aku ingat disediakan oleh rakan-rakan kelas ialah sandwich telur, nasi kukus bersama sup sayur, kuih puteri ayu, murtabak maggi, chicken chop, bubur nasi telur masin, nasi goreng cina bersama udang goreng, kuih koci dan kuih ketayap serta ketam masak cili. Kami juga berpeluang memberi markah kepada rakan-rakan lain namun final mark tetap di tangan lecturer.

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI)





















Tugasan yang diberikan ialah kami perlu mendapatkan maklumat yang telah diperincikan dalam tugasan daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan masalah pembelajaran. Kami geng2 lelaki telah memilih Institut Masalah Pembelajaran dan Autism (IMPIAN) yang terletak di Titiwangsa dalam menyipakan tugasan ini. Memandangkan jalan ke tempat tersebut agak jammed, kami konvoi je naik motor ke sana... semua lelaki senang cerita..... So far, kerjasama daripada pegawai dan staff kat sana amat memberansangkan. Lagi satu sebab kawan aku pernah kerja kat situ.... so senang sikit nak dapatkan maklumat... kat sana aku dapat bandingkan kemudahan yang ada kat sana berbanding dengan sekolah , cara PnP dijalankan, aspek pentadbiran dan aspek2 lain lagi yang nyata terdapat perbezaannya dengan di sekolah kerajaan. Cuma disana kena jaga privasi dan sensitiviti parents, dimana kami tidak dibenarkan ambil gambar murid yang menunjukkan wajahnya secara berhadapan... jadi kenalah patuhi peraturan

pengalaman berasaskan sekolah@ PBS





















Kami student KPLI diwajibkan membuat pemerhatian selama 2 minggu di sekolah pilihan masing-masing di area KL @ selangor. Tugasan ni dikenali sebagai PBS atau ROS. Kalo jadi cikgu, x faham istilah ni memang sajalah. Aku , Naza dan Kak ija buat PBS @ ROS ni kat SK Puchong Utama 1. Alhamdulillah, semua cikgu Pendidikan Khas kat situ ok kebanyakannya... nak dapat maklumat pun senang. Cuma kelas kat situ agak padatlah, bayangkan satu kelas dibahagikan kepada 6 kelas yang hanya dipisahkan dengan partition sahaja, Aku mmg salute la dengan cikgu-cikgu di situ.... mmg diaorang sabar dengn kelas yang serba kekurangan dan dengan karenah murid2 pendidikan khas kat situ... Jadi aku tak pernah rasa menyesal pilih bidang pendidikan khas ni sebab bidang ni bayak mengajar aku erti kesabaran, sifat merendah diri, bak orang puteh kata, down to earth not up to the moon ( kalo silap, maaf ye), bersyukur dengan keadaan diri kerana lahir tanpa sebarang kecacatan dan yang paling penting sifat tolak ansur dan kerjasama diantara guru dengan guru yang lain

sambutan birthday kawan-kawan sekelas





















Sambutan birthday kawan-kawan sekelas biasanya dibuat secara suprise dimana orang yang diraikan x akan tau sambutan akan diadakan... Sambutan birthday ni memang penting untuk mengukuhkan lagi persahabatan kami diantara satu sama lain. Lepas raya ini InsyaAllah ada lagi sambutan untuk kawan-kawan yang besday nya sepanjang bulan julai, ogos dan september.. Yelah sekarang time praktikal , susah nak kumpulkan semua orang especially perempuan, lelaki anytime je boleh turun

present alat ganti permainan PJK





















biasalah , assigment PJK, kena buat alat ganti untuk peralatan sedia ada dan kena present sekali depan lecturer. Setiap pelajar secara berpasangan kena present alat masing-masing.. so kreativiti masing-masing terserlah apabila time present ni... biasalah nak ambil hati lecturer untuk dapat markah lebih.... Presentation ok je sebab lecturer kami pun agak sempoi orangnya... en Murad, mmg otai la di IPIK tu ..

Sunday, August 23, 2009

bengkel kesihatan pergigian





















Bengkel ini dianjurkan oleh kelas Kajian Sosial maktab aku. Bengkel berlangsung dekat dewan IPIK je.... banyak info untuk menjaga gigi aku dapat dari bengkel ni. Antara aktiviti yang best adalah persembahan dari setiap kelas, melukis poster, pemeriksaan gigi dan banyak lagi la. Kesimpulannya, bengkel ni best sebab dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kami especially rakan sekelas dimana kebanyakan aktivti yang dijalankan memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi dari rakan rakan sekelas. Tahniah jugak diucapkan kepada Kak ija yang dapat gelaran Ratu Gigi IPIK bagi student KPLI...

camping pengakap kat teluk batik





















Camping pengakap diadakan diteluk batik. Camping ini akan melayakkan aku mendapat title penolong pemimpin untu conduct aktiviti pengakap bila dah posting nanti... Group aku semuanya lelaki , sempoi2 belaka. Tapi biasalah, aktiviti banyak dengar ceramah je.. tempat pun x berapa kondusif la especially bab nak solat ni... Kadang2 terpaksalah solat dalam khemah sorang2 je... rugi beb sbb kan lebih bagus boleh solat berjemaah bersama2 dengan rakan yang lain. tp still rasa enjoy sbb dapat lebih rapat dengan kawan-kawan yang dah kenal dan dapat kenal dengan kawan-kawan baru dari maktab perguruan lain