Tuesday, August 25, 2009

warga kelas k1.13 (KPLI-SR ) pendidikan khas masalah pembelajaran

Gambar kelas masa lawatan kat bentong

Gambar kelas bersama tutor semasa kursus Bina Insan Guru di Morib




Warga kelas 1.13 ni terdiri daripada 6 0rang lelaki dan 12 0rang perempuan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan. Aku sangat bertuah mengenali korang semua yang ternyata baik dan cool semuanya. InsyaAllah ingatan aku kepada korang semua tak akan pernah luput dalam hidup aku dan aku berharap korang akan menjadi guru pendidikan khas dalam erti kata yang sebenarnya.... Peace

sukaneka tak jadi





















untuk subjek gerko olahraga, setiap kelas diwajibkan anjur mini olahraga@sukaneka sama ada dianjurkan oleh kelas sendiri @bergabung dengan kelas lain. Setelah penat mencari tarikh yang sesuai dan tidak clash dengan aktivti lain, satu tarikh telah dipersetujui dan segala persiapan dijalankan dengan lancar. Namun terdapat kesilapan yang dilakukan oleh individu yang membuat jemputan pensyarah dimana aturcara sebenar patut bermula pukul 3.00 petang tetapi surat yang dikeluarkan kepada pensyarah ditulis aturcara program bermula pukul 2.00 petang. Jadi lecturer pun merajuk la. kena pilih tarikh lain pulak lepas praktikum ni... pening la beb.... Apapun untuk menghiburkan hati yang luka... kitaorang tetap main acara-acara yang telah dirancangkan seperti cari gula2 dalam tepung, baling belon berisi dengan air dan acara favourite aku , tarik tali.