Sukantara PPKI SMK Machang Bubuk diadakan pada 1 dan 3 Mac 2010 yang lalu. Acara-acara yang dipertandingkan ialah lari pecut 100 m, lompat jauh dan lontar peluru. Pelajar-pelajar PPKI yang melepasi masa @ jarak yang ditetapkan akan menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua warga PPKI SMK Machang Bubuk kerana memberi komitmen yang jitu sepanjang berjalannya Sukantara ini... Post seterusnya akan aku ceritakan mengenai saringan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan yang semestinya melibatkan pelajar-pelajar PPKI SMK Machang Bubuk
Sesi memanaskan badan oleh Cikgu Syikin
Acara 100m lari pecut lelaki
Acara 100m lari pecut perempuan
Demonstrasi cara melontar peluru yang betul oleh Cikgu Rohayati
Macam biasa cikgu-cikgu perempuan sempat berposing lagi
Acara lontar peluru lelaki
Acara lontar peluru perempuan
Latihan untuk acara lari 4 x50 m turut diadakan. Gambar ni menunjukkan penyelaras PPKI sedang membahagikan pelajar yang terpilih untuk menyertai acara ini mrngikut rumah sukan masing-masing dan menentukan giliran pelari dalam setiap rumah sukan
Latihan untuk pembarisan juga turut dijalankan oleh guru-guru PPKI