Wednesday, January 6, 2010

Murid-Murid Kelas Aku PPKI 1

Hau Lu Shong yang agak slow bila disuruh buat kerja, kena bertegas sedikit baru dia hendak buat kerja

Mohd Azfar, muka dia mengingatkan aku kepada kawan sekolah aku masa form 1 hingga form 5... memang sebijik ha ha
Cheng Geak Yin, dia ni sebenarnya sudah ditempatkan dikelas inklusif tetapi sayangnya dia buat hal , x mahu ambil peperiksaan PMR, jadi dia ditempatkan semula di kelas pendidikan khas

Mohd Fahme , pada pandangan pertama, korang nampak budak ni normal sahaja tetapi sebenarnya ABC pun dia masih belum kenal

Mohd Ariff , yang boleh diharap dalam soal berkebun, rajin menolong cikgu tetapi dalam pelajaran masih banyak kelemahan


Ummi Kalsom ni jenis agak pemalu dengan cikgu tetapi dengan kawan-kawan kadang dia bergurau hingga tak ingat dunia
Heng Chia Mei , yang kuat bergurau dengan kawan-kawan tetapi bab belajar ni masih banyak kelemahan.... satu cabaran kepada aku untuk mengatasinya

Tan Sin Yen , juga seorang yang pemalu



Lean Kok Jong , jenis yang agak slow bila buat kerja tapi kalo bab bersembang memang tak putus-putus ideanya ha ha
Teoh Yee Xian , yang suka membaca komik, suka mengadu kepada guru dia letih hendak tidur... InsyaAllah lepas ni dia akan letih lagi.... tunggu dan lihat saja




Kebanyakan mereka ni terdiri daripada kategori slow learner. So far syukur alhamdulillah... senang dikawal mereka ni... cuma bising memang tak dapat dielakkkan tapi masing dapat dikawal.... InsyaAllah . Next time aku akan post gambar murid-murid lain yang aku ajar yang terdiri daripada pelbagai kategori masalah pembelajaran yang lain






















































































































Tuesday, January 5, 2010

Tanggungjawab di sekolah baru

Sebagai guru pendidikan khas yang baru di SMK Machang Bubuk, aku diberi beberapa tanggungjawab. Antaranya ialah:
1. Setiausaha Ko-kurikulum
2. Setiausaha projek kebun
3. Panitia subjek Kemahiran Hidup
4. Guru Kelas PPKI 1
5. Guru penasihat PBSM
6. Guru pebimbing kelab bowling
InsyaAllah aku akan pikul tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik dan seikhlas yang mungkin walaupun tak semudah kata-kata... Aku pun dalam proses belajar.... Jadi tidak hairanlah aku juga akan melakukan beberapa kesilapan. Namun tidak langsung wujud rasa menyesal kerana aku memang minat bidang ini.... InsyaAllah dengan diringi usaha yang berterusan.... aku akan terus tabah menghadapi apa saja cabaran. Maaf kerana masih belum berkesempatan mengambil gambar kerana bayak lagi urusan yang lebih penting yang perlu diuruskan dengan segera