Wednesday, November 25, 2009

Salam perpisahan


Hari ini merupakan hari terakhir untuk aku bergelar sebagai guru pelatih. Sekarang hanya menanti untuk diposting ke satu lokasi yang masih bertatus RAHSIA.... Kepada semua rakan KPLI, ampun maaf diminta atas segala kesalahan yang dilakukan sepanjang aku mengenali korang semua.... halalkan segala makan minum dan yang paling manis kenangan bersama korang merupakan salah satu pengalaman hidup yang tak mungkin aku lupakan sampai bila2...... InsyaAllah kita semua akan berjumpa lagi masa konvo tahun depan..... semoga tak terputus hubungan persahabatan yang sedia terjalin walaupun kita akan berpisah selepas ni.... Kepada sahabat2 kelas K2.13.. aku amat bertuah mengenali korang semua..... 18 orang dengan pelbagai ragam... memang aku amat bergembira mengenali korang semua tp hr ni dengan rasminya aku meletakkan jawatan sebagai ketua kelas korang..... he he. Aku harap korang di posting ke tempat yang korang minta InsyaAllah.... Akhirnya sekali jadilah guru yang benar-benar ikhlas di dunia dan diakhirat...... InsyaAllah

Friday, November 20, 2009

Tak sabar pasal posting

Assalamualaikum

Aku tau semua sahabat guru pelatih sekarang ni mesti tak sabar hendak tahu pasal posting. Tidak kurang juga yang risau akan diposting ke Sabah @ Sarawak. Aku berharap semua sahabat guru pelatih dapat bersabar dan redha sekiranya di posting ke Sabah @ Sarawak. Sebabnya kita semua harus ingat janji-janji kita masa diinterview dulu

Sanggup bertugas di negeri Sabah @ Sarawak ?
Sanggup

Sanggup ditempatkan di kawasan pendalaman?
Sanggup

Oleh itu kita harus terima seadanya walaupun dimana kita ditempatkan.. Sebabnya kita sudah berjanji dulu dan janji itu harus ditepati

Minta maaf sekiranya coretan ini sedikit sebanyak telah mengguriskan hati sahabat2, tapi apa yang aku katakan ini memang benar

Sekian, wassalam

Saturday, November 14, 2009

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)



buku panduan KISSM merangkap buku catatan



tag nama yang wajib dipakai setiap hari kursus


Dari 6 November 2009 hingga 25 November, aku dan sahabat-sahabat KPLI yang lain akan menghadiri kursus induksi yang dinamakan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM). Kursus ini terdiri daripada ceramah, tugasan individu dan kumpulan serta peperiksaan. Walaupun tajuk-tajuk yang diberi ceramah kebanyakan aku sudah biasa mendengarnya (berdasarkan pengalaman kerja lepas), tapi aku dalam usaha mengaplikasi pengetahuan sedia ada aku ke dalam bidang perguruan. Sahabat-sahabat marilah kita sama2 berdoa supaya kita semua dapat menghadiri kursus ini dengan jayanya dan doakanlah kejayaan kita bersama dalam peperiksaan, dapat membereskan segala tugasan yang diberikan, dan mendapat manfaat dari kursus ini

Sunday, November 8, 2009

buat renungan kawan-kawan





Dua gambar ni aku dapat dari sahabat facebook dan friendster, tak salah aku rasanya jika berkongsi dengan kawan-kawan. Hayatilah dan renung-renungkanlah bersama-sama

Thursday, November 5, 2009

Syukur

Syukur, final exam dah habis, aku doakan kejayaan kawan2 semua, kita dah cuba yang terbaik , jadi tawakal sajalah. Besok akan bermula Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia @ KISSM. Sabarlah kawan-kawan, tiga minggu sahaja, lepas ni kita merdeka, InsyaAllah. Selamat menjalani kursus dan semoga berjaya dalam peperiksaan yang telah ditempuhi.