Friday, March 12, 2010

kejohanan Olahraga Tahunan SMK Machang Bubuk



Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 5 SMK Machang Bubuk meninggalkan kenangan manis kepada warga PPKI . Ini disebabkan kali ini kami diberikan khemah dan memenangi perhiasan khemah terbaik keseluruhan. Kami juga diberi hadiah penghargaan untuk pembarisan serta pertambahan satu acara untuk murid PPKI iaitu lari 4x50m campuran. Ternyata ini merupakan satu penghargaan yang amat kami hargai dari pentadbiran sekolah. Kejayaan kali ini juga hasil usaha warga PPKI SMK Machang Bubuk yang bekerja keras untuk memberikan yang terbaik kepada murid-murid PPKI. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan selamat becuti.. Doakan kejayaan kami Warga PPKI SMK Machang Bubuk.



Khemah PPKI yang memenangi perhiasan khemah terbaik keseluruhan, dengan tema " we are not disable but we are different able"



Persiapan sebelum pembarisan bermula di khemah PPKI




Sesetengah murid PPKI juga mempunyai sifat terlalu malu... namun tidak menjadi masalah kepada kami untuk terus memberi yang terbaik kepada mereka





Senyuman di wajah mereka, kepuasan di hati kami




Pakaian yang menepati tema satu Malaysia




Adik Helme yang merupakan ketua kontijen@ jaguh PPKI, hampir semua acara yang melibatkan PPKI dia bolot



Pembawa bendera . adik Harieshwaran yang tengah berangan-angan dirinya seperti Michael Jackson



Bersiap sedia bergerak untuk pembarisan kontijen





Murid-murid PPKI menunggu untuk upacara penyampaian hadiah

Tuesday, March 9, 2010

Sukantara PPKI SMK Machang Bubuk 1 dan 3 Mac 2010






Sukantara PPKI SMK Machang Bubuk diadakan pada 1 dan 3 Mac 2010 yang lalu. Acara-acara yang dipertandingkan ialah lari pecut 100 m, lompat jauh dan lontar peluru. Pelajar-pelajar PPKI yang melepasi masa @ jarak yang ditetapkan akan menyumbangkan mata untuk rumah sukan masing-masing. Terima kasih diucapkan kepada semua warga PPKI SMK Machang Bubuk kerana memberi komitmen yang jitu sepanjang berjalannya Sukantara ini... Post seterusnya akan aku ceritakan mengenai saringan untuk Kejohanan Olahraga Tahunan yang semestinya melibatkan pelajar-pelajar PPKI SMK Machang Bubuk

Sesi memanaskan badan oleh Cikgu Syikin




Acara 100m lari pecut lelaki





Acara 100m lari pecut perempuan




Demonstrasi cara melontar peluru yang betul oleh Cikgu Rohayati


Macam biasa cikgu-cikgu perempuan sempat berposing lagi



Acara lontar peluru lelaki


Acara lontar peluru perempuan

Latihan untuk acara lari 4 x50 m turut diadakan. Gambar ni menunjukkan penyelaras PPKI sedang membahagikan pelajar yang terpilih untuk menyertai acara ini mrngikut rumah sukan masing-masing dan menentukan giliran pelari dalam setiap rumah sukan


Latihan untuk pembarisan juga turut dijalankan oleh guru-guru PPKI

Tuesday, March 2, 2010

Terapi Bowling 2... 25 Feb 2010



Terapi Bowling kali kedua ini lebih ceria dari yang pertama. Ini disebabkan kali ini kami dapat menggunakan 10 lane kali ini... berbanding hanya 8 lane sebelumnya. Kehadiran murid juga lebih baik dari sebelumnya kerana kali ini disertai oleh 43 orang murid, 1o orang guru dan 4 orang PPM. Terima kasih kepada Ampang Suoerbowl, The Summi, BM Plaza kerana kebenaran bermain bowling secara percuma selama 2 jam dan pengurangan harga sewa kasut bowling .... hanya perlu membayar sebanyak RM 1.50 bagi harga sepasang kasut bowling... Semoga kerjasama yang sedia terjalin dapat diteruskan lagi pada masa akan datang... InsyaAllah

Murid- murid PPKI memakai t shirt baru untuk terapi bowling.... warna oren dipilih untuk nampak lebih ceria



Seperti biasa murid dihimpunkan terlebih dahulu untuk sesi memanaskan badan




Puan Adawiyah sedang memberikan penerangan kepada murid-murid PPKI



Guru-guru perempuan yang berposing dulu... tak salah rasanya selagi tugas diselesaikan




Peyelaras PPKI SMK Machang Bubuk yang sentiasa komited dengan tugasnya

Cikgu Morniyati.... guru yang berpegalaman luas dalam PPKI, banyak aku belajar dengan dia ni


Guru PPKI pun mesti pandai berposing juga


Gaya seorang cikgu yang sentiasa bagi sokongan kepada murid-murid PPKI