Wednesday, February 24, 2010

Upacara Perlantikan Pengawas 2010


Pada perhimpunan rasmi sekolah 23 februari 2010, upacara perlantikan pengawas sekolah diadakan. Pihak PPKI SMKMB amat berbangga disebabkan 4 orang pelajar PPKI telah terpilih untuk menjadi pengawas sekolah. Syabas diucapkan kepada semua murid PPKI yang terpilih dan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang turut memnberi peluang kepada pelajar PPKI untuk memegang jawatan sebagai pengawas sekolah.




Adik Harieshwaran dari kelas Inklusif








Adik Mohd Arif dari Kelas PPKI 1, kelas aku la








Adik Nursyifaa' dari Kelas PPKI 2






Bacaan Ikrar oleh para pengawas sekolah baru

Persiapan Kejohanan Olahraga Tahunan 2010


Kejohanan Olahraga Tahunan SMKMB akan berlangsung pada12 Mac nanti. Seperti biasa PPKI SMKMB mesti ada menghantar kontijennya sendiri. Kali ini acara yang akan disertai oleh murid-murid PPKI adalah seperti lari pecut 100 meter dan 200 meter, lari 4x 50 meter, lontar peluru dan lompat jauh bagi kategori lelaki dan perempuan. Acara pembarisan juga akan disertai oleh murid PPKI seperti tahun sebelumnya. Semoga penyertaan kali ini akan lebih baik daripada tahun sebelumnya dan dapat memberi pendedahan yang lebih lagi kepada murid-murid PPKI SMK Machang Bubuk.




Latihan untuk pembarisan. Masih memerlukan latihan yang lebih lagi dan maskot juga dalam proses perbincangan








Latihan lontar peluru untuk murid lelaki







Cara membaling peluru yang ternyata salah.. biasalah pelajar PPKI memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih lagi dari guru PPKI







Latihan untuk lari pecut 200 M lelaki

Saturday, February 6, 2010

Kejohanan Merentas Desa 2010



Seperti biasa seperti tahun sebelumnya, murid-murid PPKI SMK Machang Bubuk akan menyertai kejohanan merentas desa. Walaupun penyertaan kali ini hanya melibatkan 25 orang daripada 43 orang yang disasarkan, namun langsung tak mematahkan semangat murid-murid , guru-guru serta PPM untuk memberikan yang terbaik untuk kejohanan kali ini..... Terima kasih juga kepada pihak pentadbiran sekolah yang menyediakan 20 hadiah untuk murid-murid pendidikan khas kali ini... Semoga kejohanan kali ini dapat menaikkan lagi semangat guru-guru serta PPM untuk memberikan pendedahan yang terbaik kepada murid-murid PPKI SMK Machang Bubuk. Terima kasih juga semua pihak yang membantu kami sepanjang kejohanan kali ini. Semoga Allah SWT membalas jasa baik anda semua.

Akhir sekali tak dilupakan juga kepada Penolong Penyelaras PPKI , Puan Nor Adawiyah atau lebih mesra dipanggil Cikgu Ada, yang bermurah hati menyediakan nasi lemak dan puding jagung untuk guru-guru PPKI n PPM semua, memang sedap hidangan yang disediakan....

Murid-murid dihimpunkan terlebih dahulu di tapak perhimpunan

Acara memanaskan badan @ warming up

Berehat sebentar selepas acara memanaskan badan



Dari kiri bakal pengantin baru, Cik Syakirah, Cikgu Ada dengan topinya yang vogue
(ha ha jangan marah kak), Cikgu Rahmah dan Cik Salmah.



Nampak murid-murid PPKI tak sabar untuk berlari...


Semasa berjalannya acara, tak sempat aku ambil gambar yang banyak kerana aku juga ada tugas lain yang perlu dijalankan



Barisan utama pentadbiran sekolah sebelum bermula upacara penyampaian hadiah


Salah seorang murid PPKI, Lim Chun Ren sedang menerima hadiah







Monday, February 1, 2010

Keindahan Sekolah ...... Tempat Mencari Rezeki


Selama hampir sebulan di sini.... baru aku sedar betapa indahnya SMK Machang Bubuk pada penilaian aku, tak tahulah pada pandangan orang lain.... sebab masing-masing ada pendapat berbezakan..... Disini aku uploadkan beberapa gambar yang menunjukkan keindahan SMK Machang Bubuk ni.... pada pandangan aku..... sekian terima kasih .... wasallam

Pandangan dari pintu masuk



Pandangan dari tapak perhimpunan


Pandangan dari tapak perhimpunan juga tapi lebih fokus kepada blok Pejabat dan Pentadbiran Sekolah



Di kawasan aku selalu parking kenderaan aku

Kawasan surau berhampiran dengan Kebun PPKI SMK Machang Bubuk