Thursday, January 28, 2010

Terapi Bowling 1..... 28 Jan 2010


Hari ini Kelas PPKI SMK Machang Bubuk mengadakan terapi bowling yang pertama bertempat di Ampang Superbowl, The Summit Bukit Mertajam, bagi tahun 2010. Terapi kali ini di hadiri 46 orang pelajar, 9 orang guru dan 3 0rang PPM. Keriangan pada wajah pelajar-pelajar PPKI SMK Machang Bubuk disebabkan terapi bowling ini amat mereka nantikan. Pengangkutan ke sana semestinya bas menjadi pilihan untuk memudahkan segala urusan dan penyeliaan. Terapi kali ini ternyata dapat memberi kemahiran baru kepada pelajar yang baru mendaftar ke kelas PPKI bagi tahun ini. Pelajar lama pula dapat meningkatkan kemahiran sedia ada. Terima kasih kepada semua guru dan PPM yang memberi komitmen yang jitu untuk menjayakan terapi bowling kali ini,. Tak dilupakan juga kepada pihak Ampang Superbowl yang memberi 8 lane kali ini .... mengikut perancangan asal hanya 6 lane saja yang diberikan. Aku amat berharap terapi bowling seterusnya akan lebih baik dari kali ini ... InsyaAllah



Pelajar-pelajar dihimpunkan terlebih dahulu mengikut kumpulan sebelum sesi memanaskan badan dijalankan


Sesi memanaskan badan diadakan terlebih dahulu di sekolah .... di kendalikan oleh Penolong Penyelaras PPKI SMK Machang Bubuk, Cikgu Adawiyah

Seperti biasa pelajar dihimpunkan sebelum dibenarkan masuk ke lane

Antara aksi pelajar,guru serta PPM semasa terapi bowling berjalan


Murid-murid berehat sebentar setelah tamat games dan dibekalkan sedikit makanan sebelum beredar keluar dari Ampang Superbowl


Pelajar-pelajar PPKI tengah menunggu bas di tingkat bawah BM Plaza untuk pulang ke sekolah


Hero of the day.... Mohd Helme dari kelas Inklusif


Tuesday, January 26, 2010

Kertas Kerja

Setakat ini aku ditugaskan untuk membuat 2 kertas kerja


1. Mengenai Program Terapi Bowling


Syukur pengetua sekolah telah meluluskan kertas kerja ni tanpa sebarang bantahan... Alhamdulillah kerana memahami keperluan kami di pihak PPKI SMK Machang Bubuk. Terima kasih juga kepada pihak Ampang SuperBowl, The Summit Bukit Mertajam yang meneruskan kerjasama dengan PPKI SMK Machang Bubuk. Kami amat menghargai diatas kerjasama memberi diskaun untuk harga sewa kasut bowling daripada RM2.oo kepada RM1.50 . Tidak lupa juga diatas pemberian free games selama 2 jam. InsyaAllah Program Terapi Bowling ni akan bermula pada hari Khamis 28 Januari 2010. Sudah pasti aku akan post serba sedikit laporan mengenai program ni ...InsyaAllah



2. Mengenai Projek Kebun Dalam Taman
Kertas kerja ini masih dalam proses untuk dimantapkan lagi. Terima kasih kepada Guru PPKI diatas kesudian memberi tunjuk ajar dan pandangan yang amat bernas dalam penyediaan kertas kerja ini. Semoga impian untuk mewujudkan Kebun Dalam Taman akan tercapai .... InsyaAllah

Sunday, January 17, 2010

PPKI SMK Machang Bubuk

Di pintu masuk Kelas PPKI...

Bilik penyelaras merangkap bilik operasi

Antara fail dan ABM yang ada

Ruangan depan Kelas PPKI SMK Machang Bubuk

Kelas Inklusif

Tempat aktiviti dilakukan jika melibatkan jumlah murid yang ramai

Ruang menuju ke kelas PPKI.... ada 7 kelas semuanya termasuk kelas inklusif


Rak meletak kasut pelajar dan guru....

Tempat berlakunya urusan fotostat oleh semua guru, ppm dan murid. Aku juga ingin memberitahu bahawa murid-murid pendidikan khas juga menjalankan perniagaan fotostat setiap hari sekolah bermula selepas rehat sehingga waktu mereka pulang.





Selama ni sibuk bercerita pasal kebun saja , di sini aku paparkan dimana PnP dan segala urusan pentadbiran untuk murid -murid dan guru-guru pendidikan khas di sekolahku ini.....Diharapkan gambar yang aku paparkan dapat memberi sedikit gambaran keadaan di sekolah aku.. Maaf jika gambar yang diambil tidak menyeluruh.... InsyaAllah yang gambar yang sepenuhnya akan dipaparkan pada masa akan datang

Thursday, January 14, 2010

berkebun 13 Januari 2010

Gambar anak murid yang terlibat dalam Projek Kebun ni..... doakan kejayaan kami


Batas kedua siap dibina

Aktiviti merumput bermula setelah batas kedua siap dibina oleh guru dan anak murid


Sebahagian rumput yang hendak dibuang tapi biasalah aku kena pantau.... takkan nak buang sekali dengan tanah....


Aktiviti merumput diteruskan sampai habis waktu PnP

Pada kelas kali ni ..... aku mengajar murid-murid membuat batas kedua dan sedikit aktiviti merumput..... Macam biasalah ada murid yang masih lupa bawa t shirt PJ untuk aktiviti berkebun ni tapi itu bukan sebagai alasan untuk tidak terlibat dalam PnP... InsyaAllah minggu depan aku akan mengajar cara mereka menyemai biji benih terlebih dahulu sebelum pokok yang hendak di tanam di pindahkan ke batas

Thursday, January 7, 2010

Kawasan kebun yang perlu aku majukan

Batas pertama yang dicangkul pada hari ini.... kira oklah sebagai permulaan dan pembakar semangat untuk langkah seterusnya


Anak murid aku tengah tanam pokok-pokok sebagai hiasan

Siapa kata tak boleh berkebun sambil pakai tie??? Tengok, anak murid aku yang istimewa ini telah buktikan kenyataan itu salah

Antara murid dan guru yang membantu aku..... biasalah guru perempuan mesti nak tanam pokok bunga sebagai pokok hiasan....


Kawasan kebun yang banyak lagi perlu di majukan



Projek lama kebun di sekolah aku ialah taman herba berdasarkan arahan dari pengetua sebelum ni.. Namun projek itu nampaknya kurang menjadi...... jadi cadangan seterusnya ialah Projek Kebun dalam Taman... Tanaman yang dirancang untuk ditanam adalah seperti cili..... InsyaAllah dengan bantuan dari guru lain n murid-murid PPKI yang lain.... aku akan berusaha sedaya supaya projek ini akan berjaya

Wednesday, January 6, 2010

Murid-Murid Kelas Aku PPKI 1

Hau Lu Shong yang agak slow bila disuruh buat kerja, kena bertegas sedikit baru dia hendak buat kerja

Mohd Azfar, muka dia mengingatkan aku kepada kawan sekolah aku masa form 1 hingga form 5... memang sebijik ha ha
Cheng Geak Yin, dia ni sebenarnya sudah ditempatkan dikelas inklusif tetapi sayangnya dia buat hal , x mahu ambil peperiksaan PMR, jadi dia ditempatkan semula di kelas pendidikan khas

Mohd Fahme , pada pandangan pertama, korang nampak budak ni normal sahaja tetapi sebenarnya ABC pun dia masih belum kenal

Mohd Ariff , yang boleh diharap dalam soal berkebun, rajin menolong cikgu tetapi dalam pelajaran masih banyak kelemahan


Ummi Kalsom ni jenis agak pemalu dengan cikgu tetapi dengan kawan-kawan kadang dia bergurau hingga tak ingat dunia
Heng Chia Mei , yang kuat bergurau dengan kawan-kawan tetapi bab belajar ni masih banyak kelemahan.... satu cabaran kepada aku untuk mengatasinya

Tan Sin Yen , juga seorang yang pemalu



Lean Kok Jong , jenis yang agak slow bila buat kerja tapi kalo bab bersembang memang tak putus-putus ideanya ha ha
Teoh Yee Xian , yang suka membaca komik, suka mengadu kepada guru dia letih hendak tidur... InsyaAllah lepas ni dia akan letih lagi.... tunggu dan lihat saja




Kebanyakan mereka ni terdiri daripada kategori slow learner. So far syukur alhamdulillah... senang dikawal mereka ni... cuma bising memang tak dapat dielakkkan tapi masing dapat dikawal.... InsyaAllah . Next time aku akan post gambar murid-murid lain yang aku ajar yang terdiri daripada pelbagai kategori masalah pembelajaran yang lain






















































































































Tuesday, January 5, 2010

Tanggungjawab di sekolah baru

Sebagai guru pendidikan khas yang baru di SMK Machang Bubuk, aku diberi beberapa tanggungjawab. Antaranya ialah:
1. Setiausaha Ko-kurikulum
2. Setiausaha projek kebun
3. Panitia subjek Kemahiran Hidup
4. Guru Kelas PPKI 1
5. Guru penasihat PBSM
6. Guru pebimbing kelab bowling
InsyaAllah aku akan pikul tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik dan seikhlas yang mungkin walaupun tak semudah kata-kata... Aku pun dalam proses belajar.... Jadi tidak hairanlah aku juga akan melakukan beberapa kesilapan. Namun tidak langsung wujud rasa menyesal kerana aku memang minat bidang ini.... InsyaAllah dengan diringi usaha yang berterusan.... aku akan terus tabah menghadapi apa saja cabaran. Maaf kerana masih belum berkesempatan mengambil gambar kerana bayak lagi urusan yang lebih penting yang perlu diuruskan dengan segera