Thursday, October 29, 2009

Seminar Intergriti Warga Pendidik


Kerja-kerja penyediaan huruf untuk backdrop dalam kelas

Naza bertugas sebagai tukang cat huruf untuk backdrop

Makan dulu setelah penat membuat huruf-huruf untuk backdrop

Kerja-kerja memasang backdrop pada petang Rabu 28 0ktober 2009

Backdrop selesai dipasang pada petang Rabu 28 oktober 2009

Aku bergambar bersama Mai dan Ina, classmate aku

Keadaan dewan kosong sebelum kehadiran peserta

Pengerusi majlis, Nurulhuda bt Mohd Hatar

Pembaca doa yang diimport dari kelas Pemulihan Khas K2.15, Azmy bin Othman

Pembaca ikrar, Cikgu Hariz yang tiba-tiba bertukar serius, selalu dia ni jenis yang happy go lucky

Tetamu=tetamu VVIP

Peserta-peserta seminar

Rehat sebentar sebelum upacara penutup

Upacara penutup, nyanyian lagu IPGM
Gambar kenangan kelas bersama Puan Halimah, Pensyarah Ilmu Pendidikan Kelas Kami

Kerja menanggalkan backdrop bermula

kalo dah gila bergambar , atas tangga pun boleh he he

Kerja-kerja mencabut back drop diteruskan


Khamis, 29 Oktober 2009

Seminar kali ini merupakan projek terbesar kelas aku sepanjang belajar di IPIK ni, malahan aku bertugas sebagai floor manager, berat tanggung jawab tu sebenarnya. Walaupun pelbagai masalah dihadapi pada peringkat persiapan sebelum berlangsungnya seminar, namun berkat kesabaran, kerjasama, komitmen serta sikap tidak putus asa kawan-kawan sekelas aku, syukur al-hamdulillah projek ni berjalan lancar. Seminar kali ini diadakan di Dewan Toh Puan Norashikin, Darul Puteri disebabkan dewan IPIK masih belum siap renovationnya. Penceramah jemputan terdiri daripada wakil dari Institut Intergriti Malaysia dan Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Jumlah pelajar yang hadir adalah melebihi daripada 300 orang pelajar, berlangsung daripada pukul 7.30 pagi hingga 1.30 tengahari. So far aku mendapat komen yang positif daripada lecturer. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama kawan-kawan kelas aku. Kawan-kawan sekelas, terima kasih ku ucapkan atas segala bantuan dan komitmen yang diberikan....

Tuesday, October 27, 2009

Interview Pengesahan Jawatan SPP

Abang Wan di depan bilik yang agak mengerikan , bilik temuduga Q


Anas di depan bilik temu duga P, bilik bertuah ni

Kak Is, Anas, Harizun dan Ng Pei San

Rahmat dan Naza

Aku dan Rahmat

Abang Wan dan Anas yang nampak sudah ready untuk diinterview

Naza dan Aku sedang bertanya dengan cikgu ni yang dah lepas interview
Isnin 26 Oktober 2009

Hari yang dinanti-nanti tiba juga akhirnya. Macam-macam perasaan dalam hati ini, hanya tuan empunya diri saja yang tahu. Interview diadakan di SPA Putrajaya , aras 6, blok C7. Syukur aku dapat jawab semua soalan yang dikemukakan.... aku dah berusaha yang terbaik... Aku hanya tawakal saja.... Lega rasanya dah lepas interview ini, aku sekarang hanya mampu berdoa agar semua kawan lulus interview ni, InsyaAllah. Dah lepas satu perkara, hari khamis pulak ada projek besar menanti. Tunggu saja post aku yang seterusnya.

Kelas terakhir subjek Rekreasi dan PJ Suaian


Tengok orang lain present dulu sebelum tiba giliran kami,dah ready la katakan he he


Ada yang masih sempat ubah slide presentation sebelum tiba giliran, standard la


Abang Wan yang dah bersedia nak buat presentation


Penyokong-penyokong setia yang naikkan motivasi kami membuat presentation


Tengoklah gaya guru cemerlang praktikum membuat presentation, syabas abang Wan


Abang Wan sedang memberi penerangan serta Anas dan Rahmat bersedia nak buat demo


Jumaat 23 Okt 2009

Hari tersebut merupakan hati terakhir bagi subjek pj suaian, Namun ada tugasan yang perlu kami laksanakan iaitu presentation. presentation kali ni bertajuk pergerakan asas seperti lokomotor, bukan lokomotor, manipulatif dan motor kognitif. Setiap kumpulan juga perlu membentangkan satu permainan dan satu olahraga yang diubahsuai mengikut pergerakan asas yang dibentangkan. Kumpulan aku yang terdiri dari semua lelaki memang memberi kerjasama yang jitu dalam pembentangan kali ni dan syukur presentation kami berjalan dengan lancar, aku macam biasa, menyediakan power point presentation , abang long kami, wan zailan yang membuat presentation dan yang lain menbuat demo permainan dan olahraga. Syukur apa yang dibentangkan mendapat respon yang baik dan maklumbalas yang positif daripada lecturer dan kawan-kawan lain , alhamdulillah.

Saturday, October 24, 2009

Sambutan hari jadi terbesar kelas aku


Kek pada majlis tersebut, biarpun kecil ia datang dari hati yang tulus ikhlas


Kawan-kawan yang membantu mengatur meja untuk meletakkan makanan yang telah dibawa


Kawan-kawan yang sibuk mengatur makanan diatas meja yang telah disusun


Bonda kami di IPGMIK, Puan Fatimah Bivi yang amat ceria pada majlis kali ini


Aku sebagai MC pada majlis kali ini sedang berucap


Ucapan daripada wakil kawan-kawan yang diraikan, Harizun@ Hariz@ Jon


Antara kawan-kawan yang diraikan pada majlis sambutan kali ini


Kawan-kawan aku yang dikasihi semuanya


Pelbagai makanan yang sedap kesemuanya


Antara makanan yang dihidangkan pada majlis sambutan hari ini


Kawan-kawan yang memang sporting


Kawan aku yang paling banyak tapaw makanan untuk dibawa balik


Khamis 22 Oktober 2009

Kelas aku mengadakan sambutan hari jadi terbesar berbanding sambutan hari jadi sebelum ini. Kali ini kami meraikan hari jadi untuk 10 orang kawan dalam kelas aku ni. Majlis bermula pada pukul 11.30 pagi seperti dirancangkan. Aku sebagai ketua kelas bertindak sebagai MC pada hari tu merangkap jurugambar yang tidak profesional he he. Kali ini sambutan lebih meriah dengan kehadiran bonda kami di IPGMIK ni merangkap tutor kami , Puan Fatimah Bivi. Beliau juga dengan murah hati memberi sponsor makanan utama.... nasi lemak pada hari ini. Pelbagai makanan lain juga dihidangkan dalam majlis ni dimana setiap pelajar membawa makanan yang berlainan dari rumah. Alhamdullilah, majlis berjalan dengan lancar....dan aku harap semua rakan kelas yang terlibat puas hati hendaknya.... Terima kasih kepada semua rakan kelas yang memberi komitmen yang jitu dalam menjayakan majlis ini dan budi kawan-kawan tak akan aku lupa selama-lamanya...... InsyaAllah

Thursday, October 15, 2009

Flaming Steamboat

Naza, Anas dan Rahmat

Naza, Anas dan Aku

Naza dan aku makan untuk round keberapa, tak ingat la ha ha

Anas dan Naza pun boleh tahan kuat makan
Tengoklah kawan-kawan , banyak tak kami makan he he

Rahmat yang memang kuat makan udang, jangan pandang badan kurus x kuat makan



Steamboat yang telah bercampur aduk sup dan tomyam

Selepas saja selesai exam untuk subjek pengurusan GERKO, kami terus bertolak ke Flaming Steamboat yang terletak berdekatan Sunway Pyramid. Walaupun hujan pada hari tu, semangat nak makan punya pasal, kami tetap pergi walaupun naik motor saja. Tapi tak cukup korum la, hanya 4 orang sahaja yang pergi, 2 orang lagi kawan lelaki ada urusan yang lebih penting. Mujurlah hujan dah reda walaupun terperangkap sekejap di Bukit Jalil. Kami sampai agak awal, jadi berjalan-jalan dulu di Sunway Pyramid dan selepas solat maghrib barulah kami ke kedai steamboat tersebut. Alhamdullilah memang puas hati makan di sini dan ada perancangan juga nak datang lagi dalam masa terdekat ni. Jadi kalo nak datang ke sini, pastikan perut dalam keadaan lapar, kalau makan sedikit, rugilah bayar RM20.90 seorang, kalo bawak ramai orang dalam 10 orang, hanya perlu bayar untuk 9 0rang saja.